Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tahun 2025

Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra atau TI Penang merupakan sebuah Sekolah Khusus di bawah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Seperti mana tahun sebelum ini, permohonan kemasukan ke TI Penang adalah melalui Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus. Bagi kemasukan Tahun Akademik 2025/2026, permohonan telah pun dibuka bermula 1 Ogos sehingga 8 September 2024.

Calon-calon Tingkatan 3 bagi Tahun Akademik 2024/2025 yang berminat boleh melayari laman web di bawah untuk membuat permohonan.

https://spskt4.moe.gov.my

Sila ke menu PROGRAM di atas untuk mendapatkan maklumat tentang kursus yang ditawarkan serta syarat kemasukan ke TI Penang.