Falsafah Sekolah
Bahawasanya pendidik-pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan, kemahiran dan kebolehan ikhtisas untuk membimbing melalui proses pendidikan dan latihan yang sempurna serta bermutu tinggi bagi memajukan pelajar-pelajar sekolah ini dari segi intelek, kemahiran, rohani, emosi dan jasmani.
Bahawasanya pelajar-pelajar yang ada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi intelek, kemahiran, rohani, emosi dan jasmaninya. Dengan itu seluas-luas peluang akan diberi kepada pelajar-pelajar di sekolah ini untuk mengembangkan potensi mereka.
Visi Sekolah
Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal yang terbilang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah menjelang tahun 2025.
Misi Sekolah
Melaksanakan sistem pendidikan teknikal bertaraf dunia bagi melahirkan insan yang berpengetahuan, berinovatif dan beragama.