Kursus Ditawarkan

Kejuruteraan Awam

Kursus ini memberi pendedahan kepada murid berkaitan pengetahuan asas dalam Kejuruteraan Awam dengan memberi penekanan kepada skop Proses Pembinaan, Bahan Binaan, Struktur Kejuruteraan Awam, Geoteknik, Ukur Kejuruteraan, Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas, Sumber dan Bekalan Air, Sistem Pembersihan dan Aturcara Kontrak dan Taksiran. Murid juga didedahkan dengan aktiviti pembelajaran secara teori, kerja amali serta lawatan industri. Ia juga bertujuan untuk membentuk kesedaran murid agar peka terhadap alam sekitar dan menyemai minat dalam kerja-kerja penyelidikan, merekabentuk, menganalisis dan bertindak berasaskan fakta.

Mata Pelajaran SPM Diambil

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Sejarah
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Lukisan Kejuruteraan

Kejuruteraan Mekanikal

Kursus ini melengkapkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang merangkumi sumber alam dan tenaga, penjanaan dan penggunaan haba, daya jentera serta rekabentuk, pengeluaran dan kegunaan mesin serta alat tangan. Murid juga akan didedahkan kepada pengetahuan seperti metrologi dan mekanik berkaitan dengan momentum dan geseran, sistem hidraulik, pneumatic dan robotik asas. Kejuruteraan Mekanikal memberi tumpuan kepada pemahaman konsep, prinsip asas, teori kejuruteraan mekanikal serta kemahiran berkaitan.

Mata Pelajaran SPM Diambil

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Sejarah
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Lukisan Kejuruteraan

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

Kursus ini adalah pendedahan kepada murid kepada asas Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Konsep-konsep asas yang dipelajari dapat memupuk dan memperkembangkan minat dan penguasaan prinsip kejuruteraan Elektrik & Elektronik seperti litar, elektromagnet, pengubal diod, transistor dwikutub, elektronik conduit, perhubungan, komputer motor dan robotik melalui aktiviti pembelajaran secara teori, amali dan binaan projek. Ia juga membantu murid untuk memahami komponen-komponen elektrik dan elektronik serta simbol-simbolnya.

Mata Pelajaran SPM Diambil

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Sejarah
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Lukisan Kejuruteraan

Perdagangan

Kursus ini ditawarkan bagi memberi pendedahan kepada murid berdasarkan amalan perdagangan dan perniagaan yang merangkumi bidang pengeluaran, perdagangan, perniagaan, bantuan perniagaan, pelaburan, pemilikan perniagaan, konsumerisme dan etika amalan perniagaan. Pembelajaran merangkumi pemahaman konsep serta perkembangan maklumat terkini dalam bidang perdagangan berdasarkan kepada konsep, peraturan, undang-undang yang diamalkan dalam dunia perniagaan sebenar. Ia akan membantu untuk membina asas yang kukuh untuk menceburkan diri dalam bidang perdagangan di aras lebih tinggi. Kursus ini juga memberi peluang untuk murid mempelajari amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan.

Mata Pelajaran SPM Diambil

Pakej A: STEM

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Sejarah
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Pengajian Keusahawanan
  • Prinsip Perakaunan

Pakej B: Sastera dan Kemanusiaan

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Sejarah
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Sains
  • Ekonomi
  • Pengajian Keusahawanan
  • Prinsip Perakaunan

Sumber: https://www.moe.gov.my/pendidikan/tvet/sekolah-menengah-teknik/info-bidang