Dasar Privasi dan Keselamatan

PRIVASI ANDA

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Laman Rasmi TI Penang, SMT Tunku Abdul Rahman Putra kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam Laman ini.

APA YANG BERLAKU JIKA SAYA MEMBUAT PAUTAN KE LAMAN WEB YANG LAIN

Laman Rasmi TI Penang, SMT Tunku Abdul Rahman Putra mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Laman ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Laman ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

PERLINDUNGAN DATA

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

KESELAMATAN STORAN

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Dikemaskini: 22 Ogos 2019