Dasar Privasi dan Keselamatan

PRIVASI ANDA

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh anda.

Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Laman Rasmi TI Penang, SMT Tunku Abdul Rahman Putra kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam Laman ini.

Maklumat berikut akan direkodkan secara automatik semasa anda melayari Laman ini: alamat IP, tarikh dan masa, URL kandungan yang diakses serta maklumat pelayar dan sistem pengoperasian yang digunakan. Maklumat ini hanya digunakan untuk tujuan penambahbaikan Laman ini dan tidak akan dikongsikan kepada pihak lain.

PENGGUNAAN KUKI

Laman Rasmi TI Penang, SMT Tunku Abdul Rahman Putra menghasilkan kuki yang dikumpulkan oleh pelayar anda bagi membolehkan Laman ini mengenali anda untuk kunjungan yang berikutnya. Kuki ini tidak menyimpan data anda secara kekal dan ia juga tidak disimpan di dalam storan peranti anda. Kuki akan dipadamkan sebaik sahaja anda menutup pelayar yang digunakan untuk melayari Laman ini.

PAUTAN KE LAMAN WEB YANG LAIN

Laman Rasmi TI Penang, SMT Tunku Abdul Rahman Putra mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Laman ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Laman ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan anda dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

PERLINDUNGAN DATA

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

KESELAMATAN STORAN

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

PINDAAN DASAR

Sebarang pindaan ke atas Dasar Privasi dan Keselamatan bagi Laman Rasmi TI Penang, SMT Tunku Abdul Rahman Putra akan dikemas kini di halaman ini. Anda dinasihatkan untuk melayari halaman ini semasa melayari Laman ini bagi memastikan anda peka dengan dasar terkini yang berkuatkuasa.

Dikemaskini: 2 Februari 2024