Falsafah Sekolah

Bahawasanya pendidik-pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan, kemahiran dan kebolehan ikhtisas untuk membimbing melalui proses pendidikan dan latihan yang sempurna serta bermutu tinggi bagi memajukan pelajar-pelajar sekolah ini dari segi intelek, kemahiran, rohani, emosi dan jasmani.


Bahawasanya pelajar-pelajar yang ada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi intelek, kemahiran, rohani, emosi dan jasmaninya. Dengan itu seluas-luas peluang akan diberi kepada pelajar-pelajar di sekolah ini untuk mengembangkan potensi mereka.