Garis Masa

1956

  • YAB Tun Abdul Razak bin Hussain (Menteri Pelajaran) mempengerusikan Jawatankuasa Pendidikan Pelajaran, mencadangkan dua daripada 4 buah Sekolah Tukang (Trade School) menjadi Sekolah Menengah Teknik. Cadangan diterima dan dilaksanakan.

1958

  • Technical Institute Penang ditubuhkan pada 1 Januari 1958 dengan menumpang bangunan Sekolah Tukang (Trade School) di Lorong Batu Lanchang, Pulau Pinang.
  • Encik Oh Boon Tat dilantik sebagai Guru Besar pertama Technical Institute Penang pada tahun 1958 sehingga 1965. Tuan Haji C. M. Hashim telah dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Pengerusi Jemaah Pentadbiran.
  • Pengambilan pertama pada tahun 1958 adalah seramai 53 orang murid pangkat C dalam Lower Certificate of Education (LCE) untuk kursus tiga tahun dalam Kejuruteraan Elektrik.

1961

  • Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah pertama telah berlangsung pada 15 September 1961.

1962

  • Kursus Ekspres dalam bidang elektrik bagi tempoh dua tahun telah diperkenalkan pada tahun 1962.

1963

  • Pada tahun 1963, kelas Tingkatan Enam telah dimulakan.

1964

  • Semua kursus disingkatkan menjadi dua tahun.
  • Pada 4 April 1964, majlis perletakan batu asas bangunan baru telah disempurnakan oleh Tun Abdul Razak. Kawasan baru sekolah terletak dalam kawasan seluas 27 ekar di Jalan Ibbetson, Pulau Pinang.

1965

  • Guru Besar pertama telah bersara.
  • Bangunan sekolah yang baru telah siap dibina ditapak baru dibawah kelolaan Jabatan Kerja Raya (JKR).

1966

  • Technical Institute Penang telah berpindah ke bangunan baru pada bulan Januari 1966.
  • Encik Yeong Siew Mun telah dilantik menjadi Guru Besar kedua bagi tempoh 1966 sehingga 1967.
  • Semakan kurikulum sekolah. Hanya kursus-kursus kejuruteraan mekanikal dan sivil sahaja yang diambil oleh pelajar.
  • Bangunan baru dan asrama siap dibina dan dirasmi pembukaannya oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Nama sekolah juga ditukarkan kepada Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra.
  • Pada 19 Ogos 1966, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah melawat sekolah.

1968

  • Pada tahun 1968, astaka sekolah telah dibina secara gotong-royong oleh guru-guru dan pelajar sekolah dibawah penyeliaan seorang guru Peace Corps.

1970

  • Astaka sukan siap dibina pada 6 Julai 1970.

1974

  • Menteri Pelajaran Malaysia telah melawat sekolah.

1976

  • Projek pembinaan bangunan tingkatan 6 dimulakan dan siap sepenuhnya pada tahun 1977.

1977

  • Pelajar perempuan ditempatkan di tingkat atas Blok A asrama putera.

1980

  • Mesyuarat Agung PIBG yang pertama telah diadakan pada 7 Jun 1980. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Rafik Khan, Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional.

1982

  • Sekolah merayakan Sukan Tahunan Jubli Perak.
  • Blok Asrama Putera dibina dan siap dalam tahun 1982.
  • Perletakan batu asas surau sekolah oleh YB Dato Khalil bin Yakob, DSAP, SMP, JSM, Timbalan Menteri Pelajaran pada 10 Jun 1983 sempena Perayaan Jubli Perak Sekolah. YB juga telah melancarkan Perayaan Jubli Perak Sekolah.
  • Pada tahun 1982 surau siap dibina dan dirasmi pembukaannya oleh YB Haji Bujang bin Haji Ulis, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

1995

  • Bumbung bengkel diganti dengan ‘Metal Deck’.