Jom Masuk Teknik

Syarat Kemasukan

SYARAT AM

  • Calon adalah Warganegara Malaysia
  • Calon adalah murid Tingkatan Tiga semasa permohonan dibuka
  • Calon berdaftar dalam Modul Pengurusan Murid
  • Calon mesti menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM
  • Calon telah ditaksir dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon tidak mempunyai sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
  • Calon TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA
  • Calon berminat dengan program dimohon

SYARAT KHUSUS

Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Reka Bentuk dan Teknologi atau Asas Sains Komputer

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat melalui laman web Sistem Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Empat Sekolah Khusus: https://spskt4.moe.gov.my.

Pemohon hendaklah peka dengan tarikh-tarikh penting permohonan iaitu tarikh membuat permohonan, tarikh semakan Pusat PKSK4 untuk menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan tarikh semakan tawaran kemasukan yang akan disiarkan oleh KPM dan juga akan dihebahkan oleh pihak sekolah.