Piagam Pelanggan

Kami warga Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang berjanji akan:

1. Menawarkan program pendidikan berkualiti yang holistik

  • 90% pelajar dapat menyambung pengajian ke IPTA/IPTS dalam bidang kejuruteraan dan keusahawanan selari dengan keperluan industri.
  • 100% layak dapat sijil dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

2. Menawarkan persekitaran pembelajaran dan prasarana yang kondusif

  • Memastikan segala pross pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
  • Menyediakan lima (5) buah Kelas Hibrid yang dilengkapi dengan peralatan digital.
  • 90% pelajar mendapat penginapan di asrama.
  • 95% daripada kawasan pembelajaran di sekolah mendapat capaian kemudahan WiFi.
  • Mempunyai dua (2) buah dewan, lima (5) buah bilik PAK21 dan tiga (3) bilik kuliah yang dilengkapi dengan peralatan teknologi maklumat yang terkini bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran.

3. Menyediakan staf akademik dan pentadbiran yang berkelayakan dan berkualiti

  • 20% daripada guru memiliki ijazah Sarjana.
  • 100% guru mencapai 42 jam jumlah mata kredit dan sekurang-kurangnya lima (5) hari berkursus setahun.

4. Memupuk budaya kecemerlangan dalam kajian tindakan dan inovasi

  • Setiap bidang wajib menghasilkan dua (2) kajian tindakan setahun.
  • 20% daripada guru dapat menghasilkan inovasi pengajaran dan pembelajaran.

5. Cadangan dan aduan rasmi diberi maklum balas dalam tempoh 1 hari bekerja

6. Memberi layanan mesra dan profesional

  • 85% pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

7. Komited dalam memberi khidmat masyarakat

  • Bertindak segera terhadap bencana alam dalam tempoh 24 jam.
  • Jumlah khidmat masyarakat sekurang-kurangnya dua (2) kali penglibatan dalam tempoh setahun.