
Semakan pelajar yang berjaya dalam permohonan ke Sekolah Khusus telah dibuka bermula 15 Mac 2022. Bagi pelajar yang memohon kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional boleh membuat semakan melalui pautan https://sptv.moe.gov.my.
Pelajar-pelajar yang telah ditawarkan kemasukan ke SMT Tunku Abdul Rahman Putra dan bersetuju menerima tawaran tersebut akan mendaftar pada 4 April 2022 (tarikh pendaftaran tertakluk kepada perubahan). Semua pelajar adalah diminta untuk membuat pra pendaftaran melalui pautan di bawah sebelum hari pendaftaran.
Sekian terima kasih.