Semakan Tawaran dan Pra-Pendaftaran Pelajar Baharu TI Penang Ambilan Tahun 2022

Semakan pelajar yang berjaya dalam permohonan ke Sekolah Khusus telah dibuka bermula 15 Mac 2022. Bagi pelajar yang memohon kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional boleh membuat semakan melalui pautan https://sptv.moe.gov.my.

Pelajar-pelajar yang telah ditawarkan kemasukan ke SMT Tunku Abdul Rahman Putra dan bersetuju menerima tawaran tersebut akan mendaftar pada 4 April 2022 (tarikh pendaftaran tertakluk kepada perubahan). Semua pelajar adalah diminta untuk membuat pra pendaftaran melalui pautan di bawah sebelum hari pendaftaran.

Sekian terima kasih.