Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat SPM 2023

Pada 19 Januari 2023, TI Penang dengan kerjasama PIBG, Masjid Negeri Pulau Pinang dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat untuk semua calon SPM 2023 yang akan menduduki peperiksaan bertulis.

Dalam majlis yang sama, telah diadakan pelancaran Bulan al-Quran oleh YBhg. Dato’ Mohd Nordin bin Samah, Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang.

Turut hadir bersama ialah pengurusan tertinggi dari SMT Sejingkat yang membuat lawatan ke TI Penang.

Semoga calon SPM 2023 diberikan kemudahan semasa menjawab peperiksaan dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.