Program Bijak Remaja 2.0

Pada 2 Januari 2024, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama PIBG TI Penang dan Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program Bijak Remaja 2.0. Dalam program yang berlangsung di Dewan Mutiara, TI Penang Akh Fairuz al-Jengkawi telah dijemput sebagai penceramah program.

Program Bijak Remaja 2.0 merupakan kesinambungan bagi program sama yang telah diadakan pada tahun 2023 menampilkan penceramah yang sama. Matlamat program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada remaja bahaya media sosial, mendidik remaja agar bijak menggunakan internet selain untuk membentuk peribadi remaja yang bijak menilai sesuatu tindakan.