Karnival STEMINO

Pada 9 September 2023 yang lalu TI Penang telah berjaya menganjurkan Karnival STEM dan Inovasi atau STEMINO. Pelbagai program telah dijalankan sepanjang hari antaranya pameran dan pertandingan inovasi, demonstrasi, pertandingan STEM serta lawatan ke fasiliti sekolah seperti galeri dan bengkel kejuruteraan. Karnival STEMINO dijayakan dengan penyertaan pengunjung terdiri daripada orang awam, guru dan murid sekitar TI Penang.

Sesi outreach kepada pengunjung untuk mempromosikan TI Penang bagi kemasukan Sesi Akademik 2024/2025 juga dijalankan sepanjang karnival berlangsung.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga TI Penang yang menjayakan Karnival STEMINO!