
Perhatian kepada murid lepasan Tingkatan 3 yang berminat untuk meneruskan pengajian Tingkatan 4 ke Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra dalam bidang Kejuruteraan atau Perdagangan adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara walk-in. Murid yang berminat boleh memohon melalui:
Hadir ke Sekolah dan mengisi Borang Rayuan
Untuk memohon Tuan/Puan diminta untuk berurusan dengan Pejabat Pentadbiran sekolah dengan menghantar dokumen-dokumen seperti yang tertera di bawah. Waktu penghantaran dokumen adalah pada setiap hari Isnin hinga Jumaat, bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.
Sila bawa dokumen-dokumen berikut semasa berurusan dengan Pejabat Pentadbiran sekolah:
- Salinan MyKAD anak
- Salinan keputusan PBD dan Peperiksaan Akhir Tahun
Emel Borang Rayuan
Tuan/Puan juga boleh mengemelkan borang beserta dokumen yang diminta ke alamat emel sekolah: [email protected]
Mengisi Borang Dalam Talian
Sila ke pautan berikut untuk mengisi Borang Rayuan dalam talian. Tuan/Puan diminta untuk memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan semasa mengisi borang tersebut.
Pihak sekolah akan menghubungi Tuan/Puan selepas penilaian dilakukan sekiranya anak Tuan/Puan layak.
