Sekitar Hari Pertama Sesi Akademik 2024/2025

Tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling serta ahli Pembimbing Rakan Sebaya yang menjayakan program pada hari pertama Sesi Akademik 2024/2025. Turut hadir bersama ialah Pegawai Perhubungan Sekolah yang bersama-sama menyantuni murid-murid yang hadir awal ke sekolah.

Perhimpunan pertama bagi Sesi Akademik 2024/2025 turut diadakan bertempat di Dewan Mutiara. Tuan Pengetua turut berbesar hati menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam Peperiksaan Akhir Tahun Sesi Akademik 2023/2024.

Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan program!