Program Amalan Demokrasi Berparlimen

Program Amalan Demokrasi Berparlimen merupakan aktiviti anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut, Pejabat Pilihanraya Negeri Pulau Pinang, Kelab Malaysiaku SMT Tunku Abdul Rahman Putra, Panitia / Persatuan Sejarah, Panitia Moral dan Panitia Sivik & Kewarganegaraan. Antara pengisian program ialah taklimat Demokrasi Berparlimen dan murid-murid juga merasai pengalaman mengundi dalam Simulasi Proses Mengundi.