Majlis Pengenalan Calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2019/2020

Sebagai pendedahan kepada amalan demokrasi dan seruan untuk mendengar suara anak muda dalam libat urus di sekolah, SMT Tunku Abdul Rahman Putra akan melaksanakan pilihan raya bagi memilih wakil-wakil pelajar ke Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Sesi 2019/2020.

Satu sesi pengenalan calon-calon MPP telah diadakan pada 5 September 2019 di mana empat “Parti” akan bertanding bagi merebut kerusi-kerusi EXCO MPP.

Tarikh-tarikh penting Pilihan Raya MPP:

  • Penamaan Calon: 4 September 2019
  • Tempoh Berkempen: 4 – 17 September 2019
  • Tarikh Pengundian: 18 September 2019