Temuduga Terbuka bagi Kemasukan Tingkatan 4 ke TI Penang Sesi 2020

Pelajar-pelajar yang berminat dan terlepas peluang atau tidak berjaya dalam permohonan untuk kemasukan ke TI Penang adalah dipelawa untuk menghadiri sesi temuduga terbuka yang akan diadakan pada 29 hingga 31 Januari 2020.

Pemohon yang berminat dikehendaki berpakaian sekolah serta membawa bersama slip keputusan PT3 dan sijil-sijil sokongan semasa menghadiri temuduga. Untuk maklumat lanjut sila hubungi nombor yang tertera di atas.