Seluruh warga SMT Tunku Abdul Rahman Putra tidak ketinggalan dalam aktiviti khidmat masyarakat untuk membantu para barisan hadapan yang berjuang untuk mengawal penularan COVID-19 di negara kita. Terpanggil untuk membantu barisan hadapan kita, warga sekolah melalui Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) telah menyumbangkan 40 kotak air minum untuk kegunaan Hospital Pulau Pinang.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu para barisan hadapan kita.