Makluman Pelaksanaan Program Vaksinasi Murid Berumur 12 hingga 17 Tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pemberian vaksin kepada semua murid/pelajar di semua Institusi Pendidikan seluruh negara di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dalam kalangan REMAJA TERTENTU berumur 12-17 tahun mulai pertengahan bulan September 2021 yang akan dilaksanakan secara berperingkat dan mengikut bekalan vaksin.

Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dgn kerjasama JPN, PPD dan PKD telah menyelaras semua pengisian dan pengemaskinian maklumat vaksinasi COVID-19 dengan memberikan fokus kepada murid kohort umur 16 dan 17 tahun terlebih dahulu bermula 20 September 2021. Maklumat tarikh dan pusat PPV murid berkenaan akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau melalui pihak sekolah selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh pemvaksinan.