TI Penang Outreach: Kelas Komunikasi Bahasa Inggeris Dalam Talian untuk Barisan Hadapan PDRM Pulau Pinang

TI Penang melalui Panitia Bahasa Inggeris dengan kerjasama Crime Consciousness & Public Safety Society (CCPSS) Pulau Pinang telah berjaya melaksanakan Program Bahasa Inggeris Dalam Talian untuk barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang. Program yang melibatkan 20 orang pegawai PDRM Pulau Pinang ini telah diadakan selama 5 minggu pada setiap hari Sabtu oleh guru-guru Bahasa Inggeris TI Penang.

Majlis Penutup program telah diadakan pada hari Sabtu, 2 Oktober 2021.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini.