Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tahun 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan bagi menduduki Peperiksaan Kemasukan Sekolah Khusus bagi tujuan kemasukan murid ke Sekolah Khusus, iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD) untuk tahun 2022.

Pelajar yang belajar di Tingkatan 3 pada tahun 2021 yang berminat untuk memohon ke TI Penang dalam jurusan Kejuruteraan atau Perdagangan adalah dipelawa untuk membuat permohonan melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my bermula 10 Oktober hingga 15 November 2021.

Sila rujuk garis masa permohonan seperti yang dilampirkan di bawah.

Semoga berjaya dalam permohonan anda!