Permohonan Kemasukan ke TI Penang Secara Walk-in Ambilan 2023

Perhatian kepada pelajar lepasan Tingkatan 3 yang berminat untuk meneruskan pengajian Tingkatan 4 ke Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra dalam bidang Kejuruteraan atau Perdagangan adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara walk-in.

Untuk memohon Tuan/Puan diminta untuk berurusan dengan Pejabat Pentadbiran sekolah dengan menghantar dokumen-dokumen seperti yang tertera di bawah. Waktu penghantaran dokumen adalah pada setiap hari Isnin hinga Jumaat, bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Sila bawa dokumen-dokumen berikut semasa berurusan dengan Pejabat Pentadbiran sekolah:

  • Salinan MyKAD anak
  • Salinan MyKAD ibu dan ayah
  • Salinan keputusan PBD
  • Keputusan penglibatan kokurikulum semasa
  • Nombor telefon anak dan penjaga yang boleh dihubungi
  • Nyatakan kursus pengajian yang ingin diambil (Awam/Elektrik/Mekanikal/Perdagangan)
  • Nyatakan sama ada anak menduduki ujian PKSK atau tidak

Pihak sekolah akan menghubungi Tuan/Puan selepas penilaian dilakukan sekiranya anak Tuan/Puan layak.