Sekitar Hari Pendaftaran dan Minggu Serasi Murid Baharu Ambilan Tahun 2023

Pendaftaran murid baharu Tingkatan 4 ambilan tahun 2023 telah diadakan pada 27 Mac 2023 bertempat di Dewan TARP. Ini diikuti dengan Minggu Serasi Pelajar Baharu diadakan untuk memperkenalkan TI Penang kepada keluarga baharu TI Penang yang telah mendaftar bagi ambilan tahun 2023. Program ini telah dirancang dan diketuai oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan berlangsung pada 28 hingga 31 Mac 2023.

Tahniah kepada seluruh warga TI Penang di atas kelancaran sesi pendaftaran murid baharu dan Minggu Serasi Pelajar Baharu.

Seluruh Warga TI Penang mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua ahli keluarga baharu TI Penang!