
Hebahan kepada murid lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2019 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi kemasukan ke Program Kolej Vokasional dan Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi Ambilan Januari 2020.
Permohonan secara online dibuka mulai 15 Oktober hingga 19 Disember 2019. Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian di https://sptv.moe.gov.my/mohon_kvsmt/index.cfm
Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari laman web di atas. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154)