Lawatan Sambil Belajar SK Jelutong ke TI Penang

Pada 22 Oktober 2019, SMT Tunku Abdul Rahman Putra (TI Penang) telah menerima tetamu terdiri daripada murid-murid SK Jelutong untuk melihat sendiri suasana pembelajaran di Sekolah Menengah Teknik. Tetamu diberi peluang melawat sekitar sekolah serta bengkel-bengkel kejuruteraan yang digunakan oleh pelajar-pelajar jurusan kejuruteraan TI Penang dan melihat serta mencuba peralatan yang digunakan dalam PdPc.

Terima kasih daun keladi!