Permohonan Kemasukan Murid Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan Januari 2020

Hebahan kepada murid lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2019 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi kemasukan ke Program Kolej Vokasional dan Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi Ambilan Januari 2020.

Permohonan secara online dibuka mulai 15 Oktober hingga 19 Disember 2019. Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian di https://sptv.moe.gov.my/mohon_kvsmt/index.cfm

Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari laman web di atas. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154)