Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan Ahli Lembaga Sekolah Tahun 2020

Pada 3 Februari 2020, satu majlis penyerahan watikah dan pelantikan Ahli Lembaga Sekolah telah diadakan bertempat di Dewan Mutiara, TI Penang. Pelajar-pelajar yang dipilih untuk menganggotai Ahli Lembaga Sekolah terdiri daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang memenangi pilihan raya pada tahun 2019, Pengawas Pusat Sumber, Ketua-ketua Tingkatan, Ahli Lembaga Koperasi dan Ahli Lembaga Penerbitan Sekolah.

Tahniah diucapkan kepada semua yang telah dilantik. Diharapkan semua dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan cemerlang.