Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMT Tunku Abdul Rahman Putra kali ke-40 akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: | 13 Mac 2020 (Jumaat) |
Masa: | 10.00 pagi – 12.00 tengah hari |
Tempat: | Dewan Mutiara, SMT Tunku Abdul Rahman Putra |
Sehubungan dengan itu ibu/bapa adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Ibu/bapa yang ingin mencadangkan usul hendaklah mengisi borang yang telah diedarkan kepada anak masing-masing dan perlu dikembalikan kepada Guru Kelas anak masing-masing atau Setiausaha PIBG pada 9 Mac 2020 (Isnin).