Sekitar Persediaan Pembukaan Sekolah dalam Kebiasaan Baharu

Pembukaan sekolah lebih istimewa kali ini dalam kebiasaan baharu. Untuk itu warga TI Penang telah bertungkus lumus berusaha memastikan bahawa prosedur keselamatan pembukaan sekolah pasca COVID-19 Kementerian Pendidikan Malaysia dipatuhi demi keselamatan seluruh Warga TI Penang terutamanya anak-anak TI Penang yang akan kembali ke sekolah.

Terima kasih tidak terhingga di atas tenaga dan bakti yang telah dicurahkan untuk memastikan TI Penang bersedia untuk menghadapi New Normal atau kebiasaan baharu pasca COVID-19.

#KitaJagaKita #KitaMestiMenang