
Pada 23 Jun 2020 telah berlangsung sesi pendaftaran pelajar Tingkatan 5 di asrama TI Penang. Pendaftaran ini adalah bersempena dengan pembukaan semula sekolah pada 24 Jun 2020 setelah hampir 100 hari pelajar-pelajar tidak dapat ke sekolah kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan. Pembukaan sekolah pada 24 Jun 2020 hanya melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi.
Amalkan 3W
- Wear – pakai pelitup muka dan hidung
- Wash – cuci tangan menggunakan air dan sabun
- Warn – patuhi saranan Kementerian Kesihatan: elak bersalaman atau bersentuhan, amalkan etika batuk dan bersin serta dapatkan rawatan segera jika bergejala
Elakkan 3S
- Sesak – Jauhi kawasan yang sesak
- Sempit – Jauhi kawasan yang sempit
- Sembang – Elakkan sembang dengan jarak yang dekat
Semoga para pelajar bersemangat untuk memulakan pembelajaran dalam Kebiasaan Baharu ini dengan mengamal 3W dan elakkan 3S.
#KitaJagaKita #KitaMestiMenang