Permohonan Kemasukan
1. Apakah jurusan yang ditawarkan di TI Penang?
TI Penang menawarkan empat jurusan iaitu Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan Perdagangan. Sila klik pada nama jurusan untuk maklumat tentang jurusan yang ditawarkan.
2. Bilakah permohonan kemasukan ke TI Penang dibuka?
Iklan permohonan kemasukan ke TI Penang untuk Sesi Akademik tahun berikutnya akan dihebahkan oleh Kementerian Pendidikan dan juga TI Penang kebiasaanya pada Penggal Kedua Sesi Akademik tahun semasa. Iklan permohonan kemasukan ke Sesi Akademik tahun berikutnya hanya dibuka sekali sahaja pada Sesi Akademik tahun semasa, jadi pemohon atau waris pemohon hendaklah peka dengan hebahan iklan dan tarikh-tarikh penting permohonan.
3. Apakah syarat umum kemasukan ke TI Penang?
Sila rujuk syarat umum kemasukan di sini.
4. Saya tidak membuat permohonan kemasukan semasa iklan permohonan dibuka. Bolehkah saya memohon terus ke TI Penang?
Boleh. Permohonan terus (walk-in) ke TI Penang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, biasanya selepas semakan tawaran kemasukan dan pendaftaran murid ke TI Penang telah dibuka. Syarat dan cara permohonan terus (walk-in) akan dimaklumkan melalui saluran-saluran rasmi TI Penang.
Walau bagaimanapun, tawaran kemasukan bagi pemohon yang membuat permohonan terus (walk-in) adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di TI Penang selepas sesi pendaftaran murid baharu yang telah ditawarkan melalui Sistem Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Empat Sekolah Khusus, Kementerian Pendidikan diselesaikan.
Sarana Ibubapa
5. Di manakah saya boleh melihat maklumat penting tentang anak/jagaan saya?
TI Penang menyediakan ourSMART sebagai sarana ibubapa/waris untuk mengikuti perkembangan anak/jagaan di TI Penang.
6. Apakah kegunaan ourSMART?
ourSMART menyediakan perkhidmatan kepada ibubapa/waris menyemak dan mengemaskini maklumat anak/jagaan; hebahan maklumat semasa oleh sekolah; maklumat pembayaran yang telah/belum dibuat kepada sekolah; maklumat kehadiran; maklumat asrama; permohonan surat pengesahan murid dan lain-lain perkhidmatan yang mungkin diaktifkan dari semasa ke semasa.